Wednesday, March 23, 2016

Bersangka Baik dengan ALLAH...


"saya nak datang umrah... tapi saya takut sangat.. macam mana ya nak handle perasaan macam tu?"  

menerima mesej dari kenalan yang berbunyi begitu.. 

"takutkan apa?" tanya saya. 

"takut. sebab saya banyak dosa. orang kata ALLAH akan bayar cash kat tanah haram." 

"lepas tu kan, saya dengar cerita kalau kita ada phobia dengan sesuatu, maka akan senang berjumpa kat tanah haram." 

"lagi 1, betul ke ada orang yang banyak dosa datang umrah kaabah pun dia tak boleh nampak.. kasut hilang, susah hati dan tak tenang..., bergaduh suami isteri dan macam2 lagi ujian yang akan kita tempuhi.." 

soalan yang agak acapkali ditanyakan kepada saya dan acapkali juga menjadi tajuk hangat perbualan apabila saya pulang ke Malaysia.. orang yang berhasrat ingin mengerjakan umrah atau haji biasanya akan mempunyai kerunsingan yang sama... 

KENAPA ya? 

saya juga begitu suatu masa dahulu... semasa pertama kali membuat keputusan untuk datang umrah dari muscat, oman.. saya ada kerisauan yang sama. ditambah pula akan membawa Rania yang baru sahaja berumur satu tahun. macam2 gangguan di dalam otak! sampai jadi berdebar2 bila teringat nak datang umrah.. dan apabila datang.. sampai je madinah.. saya sesat dalam masjid nabawi bersama Rania.. lama juga kami sesat.. hampir waktu subuh baru dapat pulang ke hotel! 

terlebih dahulu.. saya bukan seorang ustazah.. saya tidak mempunyai ilmu agama yang baik.. masih dalam tempoh belajar dan belajar.. kelebihan saya di sini dapat bergaul rapat dengan teman2 yang mempunyai ilmu agama yang baik.. lebih lagi golongan adik2 pelajar dari university umm al qura yang hampir kesemua mereka adalah penghafaz al quran dan memiliki ilmu agama yang tinggi. hampir semua kemusykilan saya rujuk pada mereka. jadi, saya dan anda tidak jauh beza... bezanya hanya pengalaman saya tinggal di tanah haram.. dari segi ilmu saya yakin kalian pembaca mahupun kenalan saya yang membaca mempunyai ilmu yang lebih baik mashaallah.. 

siapa dah baca buku travelog saya Embara Kasang Diselimuti Oasis..? pasti anda akan jelas dengan pengalaman saya dalam topic bersangka baik ini.. 

pada pendapat saya seorang yang sangat2 jahil ini..., sebelum anda tergerak atau terbuka hati  untuk mengerjakan rukun islam ke lima ini, pernah kah anda terfikir, siapakah yang membuka pintu hati anda? pernahkah anda bertanya siapakah yang mengundang anda untuk datang ke tanah haram makkah & madinah sehingga rasanya seperti terlalu nekad dan jelas! walaupun seribu persoalan dan kerisauan melanda, namun anda tetap tidak mengubah keputusan untuk terus datang tanpa menoleh ke belakang lagi.. 

SIAPA? ya. ALLAH s.w.t. 

anda jelas apa yang saya cuba maksudkan sekarang? jemputan untuk menunaikan umrah atau haji adalah dariNYA... dari ALLAH yang maha mengetahui dan maha penyanyang... dan ALLAH yang tidak pernah zalim pada hamba-hambaNYa... dari ALLAH yang maha berkehendakkan dan kemudian membuka pintu hidayah kepada sesiapa yang DIA mahukan... BERSANGKA BAIK lah dengan ALLAH... tetapkan hati dan iman bahawa kedatangan kita ke tanah haram atas jemputan dari NYA sebagai tetamuNYA... ALLAHU... kita ingin menjadi tetamu ALLAH.. kenapa kita perlu memikirkan perkara yang buruk yang akan terjadi...? siapkanlah diri dengan tenang.. lapangkan dada kerana kita mahu jadi tetamu ALLAH.. mahu menggunakan masa sehabis baik dengan perkara-perkara yang baik. dengan memikirkan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya bukan kah merugikan? 

saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya akan setiap ujian yang berlaku di dalam tanah haram ini adalah balasan dari dosa-dosa yang kita bawa bersama... tetapi setiap hamba ALLAH yang datang pasti memikul niat yang satu.. iaitu ingin bertaubat... ingin memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH.. jadi sematkan di dalam hati bahawa... ALLAH itu maha pengampun.. ALLAH itu maha penyanyang... ALLAH itu maha mengetahui.. ikhlaskan hati tanpa memikirkan keburukan... bersangka baiklah dengan ALLAH.. 

tidak dinafikan, setiap orang ada ujiannya tersendiri apabila datang haji atau umrah.. ada sahaja yang perlu kita lalui. sedangkan saya yang sudah 5 tahun tinggal di sini masih diuji dengan pelbagai ujian silih berganti.. masih berbolak balik hati ini.. :'( itu tanda ALLAH tidak melupakan kita... ALLAH sentiasa mahu mendengar rintihan dan rayuan kita.. :) saya percaya, setiap ujian yang datang pada saya bukan balasan di atas dosa-dosa, tetapi ujian itu sebagai tanda ALLAH sayang.. dan ALLAH memilih orang-orang yang layak untuk diuji.. oleh itu, bulatkan hati... kuatkan kepercayaan ok? fikirkan yang indah2 dan sentiasa bersangka baik... inshaallah... semoga dipermudahkan perjalanan umrah semua.. amin... 






saya bukan ustazah jadi-jadian. tetapi saya memang bukan ustazah,

No comments:

Post a Comment