Assalamualaikum...
Apa khabar... harini nak masukkan gambar percutian ke Turkey lagi...
jangan marah ye... cerita dari Makkah pun ada... ada beberapa entry aktiviti kami yang saya nak update.. skrg sedang cuba mengimbau kenangan manis kami di Turkey di samping menyeru pembaca semua untuk mendoakan keselamatan dan keamanan negara yang terlalu indah di mata saya ini... inshaallah aminn..
gambar-gambar dalam entry kali ini adalah daripada camera saya... ;) selepas ini nak masukkan gambar daripada telefon pula.. maklumlah travelling dengan 2 orang kanak-kanak bukan mudah.. bukan semua moments boleh di ambil dengan 'tenang'. haha.. kadang2 tak sempat nak on camera.. ambil guna phone pula.. kadang2 dua2 pun xsempat ambil lah guna ingatan.. semoga ianya tidak hilang dan kekal..
alhamdulillah, berbanding percutian ke Paris yang lepas, percutian ke Istanbul ini lebih memudahkan lebih lagi dalam urusan mengawal emosi anak2... masa di paris mungkin rasyad masih kecil.. belum betul enjoy travelling. sekarang dah besar sikit dah agak faham dan agak mudah untuk diuruskan walaupun kadang2 keluar juga mood yang tak ok tu. tapi, small matter je tu. sebagai ibu kita biasanya faham mood anak2.. rasyad lebih rapat lebih saya.. jadi segala macam mood dia saya boleh faham dan undercontrol alhamdulillah.. berbanding dengan rania yang lebih rapatnya dengan dadanya... semua perkara perlu diuruskan bersama-sama dada. baru agak mudah. ;)
lebih istimewa lagi percutian kali ini bersama-sama uncle Zahiri dan aunty zai.. 2R sudah terlalu rapat dengan mereka.. ada sesetengah perkara yang bonda & dada tak sempat nk handle atok & uwan cepat2 take over.. selalunya menjadi penyelamat bila anak2 sudah mula penat & cranky! thanks to them! rania pun berulang kali beritahu bahawa dia sangat cintakan istanbul.. sehingga dia request untuk datang selalu.. inshaallah anakku.. doakan semoga kita dimurahkan rezeki dan dapat datang selalu.. aminn...
jommmm! tengok gambar... lebih kurang gambar dalam entry yang lepas.. tetapi tak sama.. ;)
|
di lobby hotel... 2nd day.. sedang menunggu kenderaan bersama tourist guide utk bawa kami explore kota penuh sejarah.. |
|
si cantik manis aunty zai... tengok tu.. sempat aunty pegangkan jacket rasyad yang perasan kebal tak nak pakai jacket... |
|
happy sangat rania ni... |
|
inilah kenderaan kami.. couch yang besar ni untuk kami sahaja.. sangat selesa... bila ada anak2 kecil rasanya ambil tourist guide lagi memudahkan... tidak banyak berjalan dan anak2 kurang penat.. |
|
pakaian traditional orang turkey.. |
|
ticket utk masuk ke topkapi.. |
|
rania ni sejuk2 pun nak makan aiskrim.. |
|
dalam spice bazar, our tourist guide bawa kami ke kedai ni.. ada banyak gambar kenangan bersama2 orang yang dikenali di Malaysia di situ.. kami pun membeli belah jugalah di kedai itu sbb dah malas nak cari kedai lain yang terlalu banyak dalam bazar ni.. |
|
ada macam2 kami beli sebg buah tangan di sini... apabila keluar daripada kedai tersebut dan berjalan menuju keluar, beberapa orang penjual dari kedai lain berkata "ini mahal... ini mahal" sambil menunjuk beg "cikita"dari kedai yang kami beli tadi yang ketika itu dipegang oleh uncle zahiri... kami hanya ketawa.. dah agak dah... kedai2 yang dibawa oleh tourist guide ini lebih mahal dari kedai lain.. hihi.. |
|
ketika ini hujan renyai dan angin kuat... |
|
saya suka melihat bagaimana orang2 turkey memberi makan kepada kucing dan anjing terbiar... selalu nampak bekas makanan begini.. sesiapa sahaja boleh letakkan makanan... patutlah gemuk2 kucing dan anjing di sini.. |
|
the love birds |
|
dada jgn marah... rasyad dah minum teh dada... haha... rasyad pun pndai minum teh turki.. agaknya sbb sejuk.. minum teh panas2 mmg sedapppp sgt... |
|
budak moody sbb takut kucing.. |
|
tengok tu.. enjoy betul minum teh. haha.. |
|
dan enjoy dgn kucing2.. kakak yg moody sbb takut kucing.. |
|
breath taking view.. |
|
ready to jump! |
dah pusing2 mata tgok gambar byk sgt... kita sambung lagi lah ye.. :p
yang pening2 lalat,
No comments:
Post a Comment