Thursday, March 3, 2016

setiap 1 march...

As salam.. 

setiap 1 March adalah hari yang istimewa untuk saya.. 
kerana itu adalah tarikh saya melahirkan permata hati yang pertama.. RANIA ATHIRA..
pada saya dan suami Rania terlalu isitimewa di hati kami kerana Rania lahir ketika saya dan suami tidak senang. suami pula di uji dengan ditamatkan kontrak kerja 2 hari sebelum Rania lahir.. 
kemudian keadaan kami yang tidak senang ketika itu memaksa kami membesarkan Rania dalam keadaan yang serba kekurangan.. saya pula baru habis belajar dan belum lagi bekerja.. di tambah dengan umur yang terlalu muda. tidak banyak yang saya tahu tentang cara membesarkan anak dengan sempurna. rania sering sahaja menjadi bahan ujikaji saya dan suami. kurang ilmu dan cepat panic. itu lah saya ketika itu. semasa mengandungkan Rania saya sibuk dengan final projek yang perlu disiapkn jadi saya tidak sempat menggali ilmu tentang pregnancy mahupun kelahiran.. semuanya belajar daripada pengalaman.. 

oleh itu, setiap 1 march saya cuba untuk menjadikan satu hari tersebut istimewa untuk rania. setiap tahun ada sahaja yang saya rancangkan.. 
seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga tidak ketinggalan.. 
beberapa bulan sebelum kedatangan hari istimewa ini saya sudah khabarkan kepada rania bahawa saya perlu tegas mendidik tentang agama terutama sekali solat. selama ini, saya tidak memaksa rania solat atau menutup aurat. saya hanya memberitahu tentang kepentingan kedua perkara tersebut. 
seringkali Rania bertanya, kenapa perlu solat.. kenapa perlu menutup aurat.. 

saya jelaskan apa kepentingannya mengikut apa yang saya tahu.. tidak terlalu detail dan memberatkan.. selebihnya saya hanya berdoa.. lucky kami tinggal di sini.. solat dan menutup aurat itu sangat sinonim di sini.. jadi Rania sudah banyak belajar dari apa yang dilihatnya.. tidak sukar untuk memahami. cuma.... kalau ke negara lain, saya kena menjelaskan bagaimana budaya orang bukan islam kerana Rania akan sedikit janggal dan tidak selesa.. bagi saya tidak sukar untuk menjelaskan akan perbezaan muslim dan bukan muslim.. 

yang lebih sukar adalah ketika mahu menjelaskan akan perbezaan di antara muslim itu sendiri.. lebih lagi apabila melibatkan perbezaan budaya.. contohnya soalan yang paling sukar adalah apabila, "kenapa dia muslim tetapi dia tidak menutup aurat? kenapa dia muslim tetapi dia tidak solat? itu adalah 2 soalan yang paling sukar untuk saya jawab kerana saya perlu menerangkan kepada Rania dengan baik tanpa ada sikap prejudis atau memandang rendah kepada orang lain walaupun orang tersebut melanggar apa yang diperintahkan oleh ALLAH. bukan kewajipan kita untuk menilai baik atau buruk seseorang muslim itu. malahan untuk menghukum. kita tidak layak. apatah lagi untuk meletakkan pandangan negatif pada fikiran kanak-kanak. saya tidak mahu rania berfikir bahawa dengan menjadi muslim yang baik itu.. melakukan segala suruhan ALLAH ditambah pula tinggal di tanah suci sudah cukup untuk membuat dia memandang rendah kepada orang lain. saya mahu Rania menjadi muslim yang baik.. bukan sahaja hubungannya dengan ALLAH.. tetapi juga hubungan nya dengan sesama manusia lain. 

bukan mudah untuk mendidik seorang manusia.. lebih lagi manusia tersebut adalah amanah dariNYa... dan salah dalam pendidikan boleh menyebabkan bebanan dosa yang akan tergalas di bahu.. sebab itu setiap tindak tanduk dan perbuatan harus seiring. jika kita mahu menjadikan anak-anak tidak meninggalkan larangan ALLAH..kita terlebih dahulu harus melakukannya.. tetapi hubungan kita sesama manusia juga turut diperhatikan dan diserap terus oleh anak-anak ke dalam sanubarinya dan seterusnya.. akan mempengaruhi setiap tindak tanduknya selepas ini. 

contohnya pada suatu hari rania menceritakan bahawa dia telah memarahi kawannya di sekolah kerana mengambil pensilnya tanpa terlebih dahulu meminta izinnya. saya mengatakan bahawa dia tidak boleh menegur dengan marah2. harus menegur dengan baik. dia lantas berkata;

"bukankah haritu bonda juga marah sebab rania ambil barang tanpa izin bonda??" 

bonda terkesima. rupanya rania memerhati. setiap tindak tanduk kita akan di nilai dan menjadi ikutan.. biarkan pun merasakan ianya adalah perkara kecil. sebenarnya ia turut memberikan impak yang buruk kepada perkembangan anak2.. 

"maaf kan bonda ya.. lain kali bonda cakap baik2.." terpaksa membetulkan kembali tindakan salah. 

"ok bonda.. esok rania juga akan meminta maaf pada kawan Rania. " kata membalas pendek. cukup melegakan hati. 


'didiklah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun. dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka' (H.R. Ahmad & Abu Daud) 

saya menerangkan kepada Rania akan kewajipan solat kerana sebelum ini saya tidak terlalu tegas dalam hal tersebut. kali ini saya terangkan bahawa bonda kena pastikan Rania solat setiap waktu.. tidak tinggal dan kalau boleh ontime.. rania tanya kenapa.. kemudian saya jelaskan bahawa itu tanggungjawab bonda untuk memastikan rania menjadi muslimah yang baik dan bonda tidak mahu bersoal jawab dengan ALLAH nanti kerana tidak mendidik rania dengan baik. bonda mahu rania faham. kalau bonda marah rania tidak mahu solat ada sebabnya ok. rania hanya mengganguk. bonda buat bukan sebab diri sendiri tau. bonda buat sebab rania. bonda nak sama-sama dengan rania, dada & adik di syurga nanti. supaya kita bahagia bukan di dunia sahaja tetapi sampai di jannah sama2.. bonda sambung masih membebel.. hehe... 

kemudian saya bertanya.. apa hadiah yang rania nak birthday nanti? rania jawab.. rania nak buat UMRAH.. saya terkejut. selama ini rania tidak pernah meminta untuk membuat umrah sendiri. selalunya atas ajakan saya dan suami. 

saya semak kalendar. birthday rania jatuh pada hari sekolah. saya kata kepadanya boleh tak kalau kita tangguhkan sehingga weekend sebab esoknya Rania sekolah. bonda risau rania penat nanti. rania menolak.  dia tetap juga mahu buat umrah pada hari itu. saya ikutkan sahaja. rania happy! 

malam sebelum 1hb.. kami ke haram kebetulan saya mahu jumpa jemaah umrah.. saya tnya lagi "esok birthday rania.. nak hadiah apa2 tak?" 

rania menjawab: "kan rania nak buat umrah..." 

"iye sayang.. umrah kita buat juga malam esok.. hadiah lain tak mahu?" 

Rania tersenyum malu-malu kucing. haha... katanya... apa-apa pun boleh bonda.. pertama kali rania tidak meminta.. selalunya dia pasti sudah memikirkan hadiah apa yang dia mahu. 

bonda menambah lagi.. "aik betul ke ni Rania..? apa-apa pun boleh? kalau xde apa-apa? boleh?" bonda sekadar mahu menguji. 

"boleh juga bonda... asal dapat buat umrah esok." katanya sambil tersenyum. 

"hehe.. bonda gurau je lah.. kita beli jam tangan nak? rania kan dah lama nak jam tangan swatch tu." 

"nakkkk...!" jawab rania happy! 

akhirnya dapatlah Rania jam tangan yang dah lama dia minta.. tetapi sebab jam tu mahal saya tangguhkan sebab rania sudah terlalu mewah dengan barangan. kadang-kadang dia kurang menghargai. sebab itu sekarang ini setiap permintaan rania harus ditapis dahulu. saya dan suami hanya akan membelikan apabila dia betul-betul memerlukannya sahaja. supaya dia lebih belajar menghargai dan bersabar menanti. 

alhamdulillah malam 1 march kami selamat mengerjakan umrah bersama-sama rania. tahniah kepada rania dan dada juga sebab esoknya Rania tetap ke sekolah kerana exam dan dada ke tempat kerja. selepas umrah, kami bercadang mahu bawa Rania minum2 dan makan cake. rupanya perancangan ALLAH untuk Rania lagi istimewa apabila uncle fadil & aunty wina offer bilik suite mereka di safwah tower untuk celebrate birthday rania. kebetulan Rania memang dah beberapa hari memang ingin sangat berjumpa kak nana! jadi birthday celebration Rania di organised oleh mereka. lagi happy apabila atok, uwan, uncle nan, aunty miza & baby aariz juga datang bawakan cake.. mereka tunggu sehingga kami habis umrah untuk celebrate.. mashaALLAH sangat terharu dengan kasih sayang semua... rania happy sangat malam tu.. alhamdulillah... terima kasih ya ALLAH atas rezeki nikmat, kasih sayang yang terlalu banyak.. tidak terhitung dan juga tidak tergambar.. keindahan dunia juga sudah cukup mengasyikkan... apatah lagi di syuga nanti? 

terima kasih semua... atas doa yang tidak putus untuk rania saya... untuk kasih sayang dan ukhwah yang terjalin. semoga ALLAH menggantikan dengan sebaik-baik ganjaran untuk anda semua.. amin...

saya belanja video perjalanan 1 March Rania untuk tahun 2016 ini ya. happy watching... jangan lupa cakap mashaallah tabarakallah ok! :) 













sayang selalu,

2 comments:

  1. Mashaa-Allah, tabarakallah !

    Happy belated birthday Rania! :*

    Moga Rania membesar sebagai permata syurga dunia akhirat ^_^

    ReplyDelete