Assalamualaikum...
Ukhwah itu indah kan? sebuah ukhwah boleh bermula dengan hanya sebuah senyuman dan boleh juga hilang dengan sebab2 yang kecil juga... untuk memulakan sebuah ukhwah itu adalah mudah tetapi untuk mengekalkannya adalah bukan sesuatu yang simple. harus banyak pengorbanan...
aktiviti yang kami lakukan hampir setiap minggu di Makkah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. biar ada kenangan indah apabila kami tidak lagi tinggal di tempat yang sama nanti. adat apabila merantau.. akan ada satu masa yang paling susah untuk kita hadapi iaitu perpisahan.. lebih lagi buat orang yang hatinya mudah meletakkan perasaan sayang serperti saya.. saya mudah meletakkan seseorang itu jauh ke dalam hati yang paling dalam dan sukar untuk mengeluarkannya. jadi apabila sudah tiba masa untuk berpisah saya perlu mengambil masa yang lama untuk membolehkan keadaan menjadi normal...
saya masih ingat masa saya darjah 6 saya sering menemani seorang guru wanita tidur di rumahnya.. nama cikgu tu.. cikgu zarina.. hampir setiap minggu saya bersama-sama beliau sehingga suatu hari beliau perlu berpindah kerana dapat tinggal bersama-sama suami dan anak kecilnya... semasa beliau tinggal di kampung saya, beliau perlu berjauhan dengan suami dan anaknya.. hampir saban hari saya menangis kerana merindui beliau.. ambil masa untuk saya pulih.. mak pun dah tahu nak nak pujuk macam mana.. hehe... sampai lah 'masa' yang menjadi ubat..
sebab itu apabila sudah jatuh sayang kepada bakal suami ketika itu... saya cepat2 minta beliau masuk meminang.. sbb takut 'kehilangan'... hahaha.. nak cerita juga tuhh... mestilah.. ex boyfriend kita tu.. skrg dah jadi suami paling soleh alhamdulillah.. walaupun kenal 3 bulan jaaa... terus kawen.. :p nmpk sgt beliau tak sabar nk jadikan sy isteri.. kahkahkah.. habislah saya kejap lagi kena sekeh.. haha..,
kini... fikiran saya tidak lagi meletakkan takut kehilangan itu sebagai suatu ketakutan yang kuat. dengan memikirkan bahawa setiap yang ada di dunia ini adalah pinjaman dariNya membuat hati menjadi tenang dan melepaskan... semestinya hanya ALLAH yang kekal abadi.. dan setiap kehilangan akan ada hikmah yang tersembunyi.. tidak perlu takut.. laluinya dengan sabar dan sabar dan sabar dan redha. :) sambil mendoakan hanya yang baik2 kerana hanya yang baik perlu ada di dalam hati.. letakkan jauh2 sikap yang negatif... atau fikiran yang jahat. ehh.. kadang2 muncul juga yang jahat tu.. tapi.. saya selalu halang, larang keras ianya masuk ke dalam hati! pergi jauhh2... haaa camtu...
apa saya melalut panjang2 ni? sebenarnya nak cerita tentang aktiviti kami pada hari jumaat yang lepas jeee... pergi picnic lagi wehhh... ke taif lagi wehhhh... tapi kali ini lebih meriah.. lebih indah.. dan lebih havoc kata org jawa. eh. jom lah kita tengok gambar nak... nanti saya cerita pada setiap caption gambar ok. cerita bergambar katanya..
|
kami tiba di taif lebih kurang jam 8.40 pagi.. kali ini kami picnic di dalam taman.. nama taman tersebut alanoud park. taman yang terjaga.. bersih.. ada kemudahan seperti toilet.., kawasan permainan kanak2 dan beberapa restoran. tapi pagi jumaat biasalah mana ada kedai yang buka.. jadi macam biasalah.. potluck picnic kan bolehh.. lagi sedap hasil air tangan para ibu.. semestinya penuh kasih sayang yang melimpah ruah... |
|
sampai je semua dah kelaparan... so tunggu apa lagi.. buka bekalan dan makan.. macam2 ada... nasi lemak sambal sotong, meegoreng, meehon goreng, sandwich dan bermacam aneka kuih muih.. |
|
perkelahan kali ini turut bertujuan untuk memberikan aktiviti kepada kanak2... thumbs up kepada kak baiti dan kak nurul yang bersusah payah prepare keperluan untuk aktiviti mewarna dan juga aktiviti sukaneka... |
|
kanak2 sedang menumpukan perhatian mewarna... |
|
Hj. ruslan merangkap mr.paparazzi sedang mengisi perut dahulu sebelum beraksi dengan camera beliau.. |
|
yeah... mr.CEO kita... makan dulu baru ada tenaga nk berbual.. |
|
hasil kerja anak2 mewarna... sedang dipilih oleh juri jemputan untuk diadili.. |
|
juri jemputan adalah mr.aznan & mr.azrul... sbb anak mereka tidak termasuk dalam penyertaan... dlm gambar tu ayah2 yang lain sedang meracuni fikiran juri untuk memilih anak2 mereka sebagai pemenang.. hehe.. |
|
rania salah seorang pemenang! yeah.. |
|
happy faces rania.. dan hadiah disampaikan oleh tuan pengerusi PIBG merangkap juri jemputan.. haha.. |
|
fatimah pun menang juga...! hadiah disampaikan oleh wakil daerah yb aznan merangkap juri jemputan. LOL |
|
selepas acara mewarna adalah acara cari gula2 dalam tepung... selesai acara tersebut anak2 main tepung.. acara ini adalah tidak termasuk di dalam senarai acara dan mereka didapati telah berpakat untuk memasukkan acara baling tepung di dalam senarai acara sukaneka.. master mind sedang dikenalpasti.. |
|
seronok korang ye... |
|
ini lah acara sukaneka cari gula2 dlm tepung sebelum acara baling tepung bermula.. |
|
para ibu yang telah berjaya mengatur aktiviti kami alhamdulillah.. semua tak cukup tidur buat preparation.. haha.. |
|
hadiah kami sediakan sendiri.. buat exchange hadiah.. alhamdulillah anak2 happy sgt.. |
|
budak ni..... punyalah happy sampai sunburn main kat playground.. selesai semua.. masuk je kereta terus tido! |
terima kasih semua yang telah menjayakan aktiviti kita pada hari jumaat lepas... yang pasti ia telah berjaya meninggalkan satu kenangan indah untuk anak2 kita.. apabila tanya rania, seronok tak picnic lepas? dia jawab... seronokkkkkk sangat especially part main baling tepung! tengokkkkk acara yang korang cipta sendiri juga yang paling seronok kan...^_^
semoga aktiviti begini dapat dilangsungkan lagi inshaallah dengan kerjasama yang baik dari semua.. setiap orang ada tugas masing mashaallah termasuk para abang haji yang sangat sporting melayan kerenah isteri dan anak2... :)
Rasulullah saw bersabda: “ Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatulrahim”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.
sayang semua,
Wah... mcm kt malaysia je gaya nye. Hihihi
ReplyDelete