Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni saya dah terlalu suka minum chai adani.. chai bermaksud teh dalam bahasa melayu.. Chai Adani merupakan teh dengan gabungan beberapa rempah di dalamnya. teh ini baik untuk digestive system.. selain gahwah (Kopi arab), teh ini juga menjadi kegemaran orang2 arab yang biasanya di minum waktu pagi dan tengahhari...
senang je nak buat chai adani ni..
caranya,
sediakan 3 cawan air
1 sudu besar loose tea ataupun tea bag
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga (ketuk2 sikit)
1/2 sudu besar serbuk halia ataupun boleh je potong sedikit halia biasa..
gula ikut tahap kemanisan yang digemari anda
dan condense milk/evaporated milk.
boleh tambah secubit serbuk kayu manis (kalau suka)
masakkan air dalam periuk, kettle ataupun teko yang boleh direct heat tu... lepas tu masukkan tea dan semua bahan2 di atas tadi, masakkan dengan api sederhana sampai color bertukar jadi dark red, tambah susu pekat atau susu cair dan gula mengikut selera anda.. kalau saya suka susu pekat sahaja tanpa gula. kemudian biarkan air tu menggelegak beberapa minit.. jangan lama sangat ya.. nanti pekat sangat pula... dan ready to serve!
eh, sebelum tu, jangan lupa tapis supaya masa minum tidak ada rempah2 tu termasuk sekali.. ;)
eh, sebelum tu, jangan lupa tapis supaya masa minum tidak ada rempah2 tu termasuk sekali.. ;)
rasa teh ni sangat2 sedap dan boleh buang angin dalam badan... sejak terjebak dengan teh ni, semua keluarga dan kenalan umrah yang sempat berkunjung ke rumah saya, saya hidangkan dengan teh ini. setakat ini semua pun suka..
tetamu malam tadi, abang, kakak dan anak saudara mr.dada.. |
kata abang ipar saya, ini adalah teh yang paling sedap yang beliau pernah rasa! mashaallah.. :)) |
kalau susah sangat nak masak2, nak boil2 air nak buat teh ni.. apa kata beli je yang ready made macam dalam gambar ni.. boleh juga jadi buah tangan untuk dibawa pulang ketika datang umrah atau haji nanti. jangan lupa masukkan dalam senarai wajib beli dan wajib cuba ok.. ada juga kedai2 di makkah yang jual chai adani ni. boleh minta "chai adani" ataupun nama lainnya adalah "karak tea". saya pernah juga rasa masala tea di restoran india yang rasanya lebih kurang sama. tak pasti cara penyediaannya sama atau tidak.
penggemar chai adani,
No comments:
Post a Comment