As salam..
saya suka tengok wanita arab yang kelihatan cantik dan selalu berhias di dalam rumah. jiran terdekat saya merupakan pasangan orang tempatan yang mempunyai 4 orang anak perempuan. waktu petang selepas asar anak-anak perempuannya dan Rania sering ke kelas tahfiz al quran bersama-sama. kebetulan kelas tersebut terletak di bahagian basement bangunan apartment kami. pintu rumahnya dan rumah saya berhadapan. jadi apabila melihat anak-anak sedang menunggu lif di hadapan pintu, kami sering bertegur sapa. lebih seronok apabila dia boleh berbahasa english. walaupun tidak fasih, kami masih boleh berbual mesra.
khausar namanya. rania paling rapat dengan anaknya yang bernama Lamar. setiap kali kami berbual di depan pintu, suami masing2 belum pulang dari office. khausar selalu memakai pakaian yang cantik di dalam rumah. kadangkala turut mengenakan lipstik merah menyala serta make up nipis sesuai menyambut kepulangan suami dari bekerja. bukan hanya khausar, wanita arab memang suka bergaya di dalam rumah. berbeza dengan orang kita yang biasanya berhias apabila ingin keluar rumah. mereka hnya perlu menyarung abaya dan niqab apabila ingin keluar. mudah dan paktikal. :)
beberapa kali saya ke sekolah Rania terutama ketika ada perjumpaan guru & ibu. selalunya perjumpaan untuk dapatkan result exam.. mothers yang datang mak aiii... sampai je depan pintu sekolah yang sudah terlindung dari lelaki, maka mereka membuka abaya, tudung dan niqab. cantik2.. rambut macam2 color.. sudah lah cantik.. make up lah pula.. lagi lah bertambah cantik! bonda rania? bila dah tau mereka macam tu... kena lah berhias juga.. miahaha... gigih pagi2 buta letak make up kat muka.. :p
macam biasa intro panjang2 ni sebab nak cerita yang semalam saya ke saloon bersama-sama aunty zai untuk potong rambut. dulu masa mula2 datang saya tak tahu yang di Makkah juga ada saloon dan spa. nampak mcm tak ada... rupanya ada tetapi tidak terbuka macam di Malaysia.. ia tertutup dan biasanya terdapat di kawasan perumahan supaya senang mereka mahu pergi sendiri. mana yang jauh2 tu kalau tak ada driver terpaksa lah en.suami yang hantar. lepas tu en suami tidak boleh menunggu disitu. kalau nak tunggu dalam kereta je lah..
kebetulan saloon yang saya pergi semalam kepunyaan kakak kepada kenalan saya di sini. hanan. muna nama kakaknya. seronoknya berbual dengan Hanan dan Kak muna kerana mereka berdua merupakan anak Malaysia yang lahir dan membesar di sini.
ayah nya berasal dari Kedah dan ibunya berketurunan Patani. hanan telah berkahwin dengan salah seorang pelajar Malaysia dari universiti umm al qura. manakala suami kak Muna orang Patani. hanan fasih berbahasa Melayu kerana dia telah melanjutkan pelajaran di UIA, malaysia sebelum kembali ke Makkah dan berkahwin. kak muna tidak fasih berbahasa melayu ataupun english. susah dia mahu bercerita di dalam bahasa melayu. boleh. tetapi agak lambat2. masih boleh di fahami kami. seringkali hanan perlu menjadi translator kami. untung hanan juga datang sekali menemani kami di saloon kakak nya.
sambil kak muna potong rambut saya semalam, sempat saya meminta dia dan hanan berkongsi cerita serba sedikit budaya orang sini. boleh jadi bahan penulisan untuk buku saya yang akan datang. semalam pertanyaan saya berkisar tentang budaya dan adat perkahwinan mereka! wah, memang menarik dan jaaaaaauuuhhh berbeza dari budaya kita.. nak tahu takkk? kena tunggu lah buku saya nanti.. tak nak cerita kat sini.. jangan marah ya.. kalau marah kena beli buku. hehe..
agak besar saloon kak muna. ada beberapa bilik yang luas dan selesa.. setiap bilik berbeza service yang disediakan. ada saloon, spa untuk facial, manicure, pedicure dan juga bilik untuk make up. rupanya kak muna sudah lama berkecimpung di dalam bidang kecantikkan. sudah ada regular customernya sendiri.. cerita kak muna.. orang arab memang gemar berhias.. mereka datang agak kerap untuk mempersiapkan diri untuk ke party dan majlis2 tertentu.. biasalah party tak bercampur dengan lelaki.. boleh lah melaram lebih2 kan.. lebih lagi kalau majlis perkahwinan.. bukan pengantin je nak kena guna make up artist.. guests punn tauu...! aishh.. tak sabar nak cerita pengalaman saya menghadiri majlis perkahwinan orang sini. ;) tunggu ya..
lewat juga kami pulang malam tadi. jam 1 pagi baru selesai. lazim di sini saloon banyak buka lepas asar. kalau buka awal pagi tiada siapa yang mahu datang. nasib baik suami tiada masalah menghantar dan mengambil. terima kasih mr.dada!
ok lah... sampai di sini sahaja.. gambar? tak perlu lah.. :p
byeee...
No comments:
Post a Comment