Pengalaman Rania dan doktor gigi di sini hampir membuat bonda dan rania agak phobia. sejak gigi rania mula 'tidak sihat', saya dan mr.dada telah mencuba beberapa orang dentist di sekitar makkah ni. bukan semua klinik gigi menerima insurans yang kami gunakan menyebabkan kami perlu mencari hospital yang agak established sahaja. malangnya q di hospital sebegini agak lama.. perlu ada appoinment yang memakan masa berbulan lamanya..
suatu ketika, mr.dada bawa Rania berjumpa dentist yang agak bagus hasil kerjanya. walaupun klinik tempat doctor itu bekerja tidak cover insurans yang kami gunakan.. tidak mengapa demi untuk keselesaan rania, kami bayar sendiri sahaja.. kemudian, masa nak follow up check up beberapa bulan kemudian, kami dapati doktor tersebut tidak lagi bekerja disitu.. terpaksa tukar doktor lain dan rania tidak menyukainya..
kami cuba mencari dentist yang lain pula.. macam panjang pula cerita rania dengan doktor gigi ni.. macam2 ragam.. macam2 pengalaman yang kami terpaksa lalui.. doktor di sini bukan semua fasih berbahasa english. saya difahamkan mana2 doktor yang graduate daripada negara2 arab, mereka memang tidak fasih berbahasa english kerana mereka belajar di dalam bahasa arab.
mahu yang fasih perlu cari doktor india ataupun pakistan.. tapi ada kekurangan part yang lain pula. kadang2 saya berbual dengan rakan2 berbangsa lain, sengaja bertanyakan pendapat mereka tentang doktor2 di sini bagi mendapatkan info doktor2 yang terbaik, namun jawapannya sangat berpihak kepada negara asal usul masing2. haha.. ternyata setiap orang mempunyai semangat cintakan negara dan semangat patriotik yang kuat. ;)
pernah bertanya ibu kepada rakan sekolah rania yang bekerja sebagai gynae.. beliau dari egypt dan doktor dari egypt lah yang terbaik dimata beliau. tidak kurang pandangan daripada ibu sahabat rania yang berbangsa india dan pakistan. mereka terus memberikan nama doktor mereka yang bagus! eh, kalau ada doktor malaysia di sini, mesti saya juga akan menemui doktor itu sahaja! (bisik saya di dalam hati sambil senyum sendiri)
teringat pula doktor yang baik berbangsa egypt yang menjadi doktor saya ketika mengandung dan melahirkan rasyad dahulu. doktor itu sangat baik. walaupun englishnya tidak lancar, beliau cuba sedaya upaya bercakap dengan kami.. sense of humor pun boleh tahan! suaranya yang kuat bergema seluruh bilik kecil itu setiap kali check up.. saya dan suami sering keluar dari bilik doktor dengan senyuman di wajah. sedikit sebanyak beliau mampu 'memaniskan' hari kami selepas kepenatan menunggu agak lama.
ok, berbalik kepada cerita doktor gigi rania... suatu hari tampalan pada gigi rania tertanggal. sebelum sakit, saya perlu membawa rania berjumpa dentist. kami pergi berjumpa seorang dentist wanita. klinik disitu agak besar di kawasan Awali.. ada disediakan dentist bahagian wanita dan lelaki. tempat menunggu agak selesa dimana dipisahkan terus lelaki dan wanita. seronok kerana bilik2 doktor gigi bahagian wanita berada di dalam bilik menuggu bagi wanita.
walaupun kami perlu membayar amount yang 'agak mahal'. tidak mengapa. yang penting rania tidak sakit dan selesa sepanjang rawatan. malangnya, doktor itu tidak bagus, dia berjaya meninggalkan luka dan phobia yan paling dalam di dalam hati rania sehingga saya mengambil masa yang agak lama bagi menyakinkan rania untuk bertemu doktor gigi lagi.
apa yang dah doktor itu lakukan? proses bius menggunakan jarum besar sangat menyakitkan rania sehingga rania menangis tidak berhenti. juga hidung rania berdarah selepas proses itu! saya terpaksa memegang Rania agak kuat supaya prosedur terus dijalankan selepas suntikan bius. doktor itu juga agak panic selepas itu dan tidak dpt melaksanakan tugas nya dengan baik. sambil beliau letakkan filling, beliau menjerit2.. "khallas rania! dont cry rania! i promise u after this there is no more pain! dont cry rania! u are good girl" ye, kata2 yang positif, tetapi gaya percakapan yang menjerit2 dan mengherdik2 sehingga sakit gegendang telinga saya yang sedang memegang rania kuat ketika itu. terpaksa memaksa rania meneruskan prosedur dengan hati yang remuk dan bersalah kepada rania. saya keluar bilik doktor tersebut dengan hati yang sebal. sempat saya kata kepada beliau..
'i never see my daughter going through this kind of thing, make me so much hurt to see her condition.. i think u are not a good dentist.. u cant control ur mood also.. thats not good especially for the kids... i advice u not to do that again! and i'll never see u again.." dia masih mahu cuba mempertahankan diri.. saya terus keluar dan berlalu pergi.. malam itu rania demam dan mengigau.. :( saya juga tidak keruan terasa sangat bersalah kepada rania..
tidak jemu saya mencari maklumat sehingga terbaca tentang paediatric dentist. kemudian kami bawa rania menemui seorang paediatric dentist di GNP hospital, jeddah. saya baca review dan tanya beberapa rakan lain, katanya beliau sangat bagus, nasib masih tidak berpihak kepada kami apabila terlalu panjang waiting list nya. harus menunggu berbulan2...
dan akhirnya pergi menemui paediatric dentist di IMC hospital, Jeddah dan inilah yang terbaik alhamdulillah... setakat ini dah 2 kali appointment rania dengan doktor samah ini. rania sangat suka dan selesa.. juga berjaya melalui tempoh rawatan dengan baik dan tenang sahaja.. alhamdulillah.. akhirnya pencarian kami selama 2 tahun berakhir.. try & error juga sudah berakhir dengan baik. yang paling penting dapat kembalikan keyakinan dan keberanian rania untuk berjumpa dentist. bukan senang! macam2 saya buat... macam2 cerita, macam2 auta.. hehe..
International Medical Center, Jeddah.. |
sekian sahaja kisah suka duka rania bersama doktor gigi di makkah dan jeddah! semoga dentist ni berkekalan sampai rania tumbuh gigi kekal nanti.. amin..
salam sayang!