Sunday, March 20, 2016

Pray for Turkey. 1

Assalamualaikum..

hati terkenang-kenang akan keindahan istanbul apabila terbaca tentang berita pengeboman yang berlaku di turkey 2, 3 hari ini. turkey sebuah negara yang keindahannya tidak terucap dengan kata-kata. terlalu cantik sukar digambarkan. dengan hanya melihat gambar tidak cukup indah seperti yang terdampar di hadapan mata. sungguh. percutian saya dan keluarga ke istanbul bulan Januari yang lepas meninggalkan kenangan yang sangat2 indah kepada kami. walaupun kami hanya melawat istanbul, belum berkesempatan untuk memanjangkan langkah ke bahagian negara turkey yang lain. pasti, kami akan datang lagi untuk menggali keindahan negara turkey yang penuh dengan sejarah. ada banyak cerita sejarah yang menarik dan meninggalkan kesan kepada peradaban dunia hari ini. kesan peninggalan tersebut masih di jaga dengan baik dan boleh dilihat sehingga hari ini. 

saya tidak mahu bercerita panjang tentang sejarah yang kita boleh lihat di negara indah ini.. anda boleh membaca di page yang lain. ada banyak perkongsian yang boleh didapati di dalam pelbagai bahasa..

saya ingin berkongsi peristiwa dan pengalaman menarik yang kami lalui sendiri ketika berada di sana. mengimbau kenangan manis dan mendebarkan.. perjalanan ke istanbul dari jeddah hanya mengambil masa 3 jam setengah melalui jalan udara. agak dekat. tidak terasa penat travelling macam sebelum ini.. alhamdulillah perjalanan lancar. cuaca juga baik sekali. rania ingin sekali melihat snow. malangnya snow turun seminggu sebelum kami ke turkey dan juga seminggu selepas kami pulang. tiada rezeki untuk berjumpa snow tetapi kelebihannya cuaca yang baik itu membuatkan kami dapat menikmati aktiviti luar dengan mudah. tidak terlalu sejuk.. best! 

pengalaman mendebarkan apabila pada hari ke 5 berada di istanbul, ketika itu kami baru sahaja tiba di perkarangan Dolmabahce Palace. ketika sedang berjalan melalui taman2 indah di hadapan palace tersebut, kami mendengar bunyi letupan yang agak kuat. sangat mendebarkan apabila terbayang siri pengeboman yang pernah berlaku di turkey sebelum ini. kami berhenti berjalan. tertanya2 akan apa yang berlaku. kebetulan pada malam sebelumnya tourist guide kami baru sahaja berkongsi cerita pengalaman sendiri tentang peristiwa pengeboman yang lepas. hati tidak sedap. berdebar2 sambil bertanyakan keadaan kepada tourist guide kami. mrs  gul. sambil berdoa tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. 

Mrs. Gul terus sahaja mencari maklumat, tidak lama kemudian beliau memberitahu memang ada letupan yang berlaku di kawasan Sultanahmet. tidak jauh dari penginapan kami. mujur kami sudah berada agak jauh lebih kurang 5km dari kawasan tersebut. lawatan kami ke palace tetap diteruskan walaupun mood keseronokkan untuk menjelajah sudah kurang. lebih lagi apabila melihat mrs.gul menangis tatkala menerima panggilan telefon dari ibunya yang risaukan keselamatan dirinya. beliau sempat meminta maaf kepada kami kerana terlalu emosi ketika itu. satu perkara yang membuatkan saya terkesan dengan sikap gul apabila dalam kerisauan dan kesedihan, beliau masih sempat meyakinkan kami bahawa kami berada di kawasan yang selamat... jika kami tidak boleh pulang ke tempat penginapan, beliau juga berbesar hati untuk membawa kami pulang ke rumahnya.. terharu akan offer tersebut! mashaallah sungguh tulus dan ikhlas hati gul. 

usai menziarahi istana lama yang sangat besar dan cantik itu, kami dinasihati untuk tidak pulang ke hotel sehingga kawasan tersebut kembali tenang. oleh itu, gul membawa kami agak jauh ke shopping mall.. sempat menghabiskan masa beberapa jam di situ sebelum kembali ke hotel dan alhamdulillah keadaan kembali seperti biasa pada keesokkan harinya.. cuma kawalan lebih ketat. kami juga dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai dan lebih berhati2. 

sebenarnya saya ada beribu2 gambar yang cantikkkk mashaallah.. ini diantaranya... koleksi gambar ini hasil bidikan suami dengan camera beliau. saya punya koleksi saya masukkan dalam entry yang lain pula ok. 

gambar di ambil tidak jauh dari hotel kami.. dosso dossi.. hotel ini berada di bahagian old town.. hanya walking distance ke sultahmet square. kawasan di sini sangat2 cantik... seronok berjalan di kawasan sekitar.. 


di topkapi palace.. 

itu lah mrs.gul bersama rania. rania juga sangat selesa bersamanya.. gul bermaksud rose di dalam bahasa english. kami juga boleh memanggilnya rose.. :) 

kebetulan percutian kami kali ini bersama-sama uncle Zahiri dan aunty Zai.. sungguh kebetulan apabila kami memilih waktu bercuti pada tarikh yang sama dan kemudian merancang untuk tinggal di hotel yang sama! alhamdulillah 2R lebih gembira dengan kehadiran atok dan uwan.... 

bonda & dada.. 




st.sophia.. 

tidak jauh dari tugu inilah letupan itu berlaku... Allahu.. kalau lah kami juga disitu.... :( 


ketika sedang menunggu tarian sufi direstoran. 

tarian sufi.. 

sempat makan sandwich ikan di tepi laut ketika menunggu untuk menaiki cruise di bosphorus... rasanya agak enak tetapi bau ikan agak kuat.. spalsh sedikit lemon baru sedap.. 

pemandangan dari cruise... 


kebetulan yang dirancang oleh mr.dada dan suami kak intan apabila saya dan kak intan (merupakan sahabat baik ketika tinggal di oman dahulu) juga datang bercuti pada masa yang sama. pertemuan di aturkan oleh suami kami.. perancangan awal ingin membuat kejutan kepada isteri masing2.. malangnya saya sudah tahu terlebih dahulu apabila ternampak status intagram menantu kak intan yang juga berada di istanbul.. hehe... walaupun kejutan tak menjadi, saya tetap gembiraaaa sangat dapat berjumpa kak intan.. sungguh saya rindu pada kak intan yang menjadi tempat rujukan ketika saya dalam keresahan untuk mengerjakan umrah pertama kali daripada oman dahulu.. kak intan salah satu tempat rujukan.. orang yang sering menasihati dan juga sumber inspirasi serta salah satu sebab untuk saya berubah ke arah yang lebih baik.. sehingga ke hari ini nasihat2 kak intan menjadi ikutan dan amalan saya... :) 

hujan malam tersebut... atok dan rasyad.. 

di istanbul... terdapat banyak kucing liar yang jinak.. macam mana tu? ;) maksudnya kucing2 jalanan yang sangat jinak dan bersih... rasyad si penggemar kucing memang tidak akan melepaskan peluang mengejar kucing2 ini. malangnya Rania sangat takutkan kucing! jadi dia akan lari seperti nampak hantu kalau nampak kucing. saya dan suami perlu lebih berhati2 membawa rania berjalan-jalan. 


pemandangan di eyup pierre loti tepesi. 

ketika berkunjung di masjid ayyub al ansari, kebetulan ada upacara pengebumian salah seorang tentera yang terkorban ketika mempertahankan negara.. gambar ini diambil oleh mr.dada apabila desperately beliau perlu ke tandas, ketika upacara tersebut jalan ke tandas semua ditutup. mr.dada jalan agak jauh dan akhirnya dengan pertolongan orang tempatan beliau menemui tandas.. lama kami menunggu di perkarangan masjid.. mr.dada tidak muncul sehingga gul juga agak risau. 


kubur2 disini lazim mempunyai binaan seperti tiang2 tersebut.. 

dalam perjalanan rasyad menemui cat shelter ni. sempat dia singgah sekejap bermain dengan anak2 kucing yang comel. rania sudah saya bawa lari.. hehe.. 


sempat juga kami singgah di restoran Malaysia. mengisi perut dengan makanan Malaysia setelah beberapa hari makan makanan turki! memang lazat tidak terkata sehingga gambar makanan pun kami tak ambil. 

di sinilah kami berada ketika terdengar bunyi letupan tersebut. berita yang kami terima selepas itu sangat menyayat hati... 





tidak boleh pulang ke hotel, kami ke shopping mall yang agak jauh dari hotel... sempat makan tengahhari dan shopping sedikit di situ... 

ini gambar keesokkan harinya... selepas sarapan rania berjalan-jalan dengan mr.dada... tidak berani ke tempat lain.. kami hanya berjalan sekitar hotel sahaja.. terjumpa pakcik ini dengan jualan krafnya... rania tidak melepaskan peluang untuk belajar melukis corak tersebut.. 

hari terakhir kami berjalan di kawasan sekitar yang tidak jauh dari kawasan letupan.. terdapat ramai polis yang berkawal ketat serta orang2 media yang masih membuat liputan.. 




kita sambung dengan gambar2 dari koleksi camera bonda pula selepas ini ya... ;)
terima kasih kerana membaca... jangan lupa kita sama2 doakan kesejahteraan dan keselamatan negara turkey ya... serta keamanan negara2 islam yang lain... amin...





yang merindui istanbul,

2 comments:

  1. baru melawat istanbul pada penghujung februari dan awal mac 2016, masyaallah memang indah seperti yg diceritakan. Banyak masjid berkubah turki terdapat di sana. sempat juga melawat tempat2 yg dimaksudkan dan pada masa itu tidak terfikirkan langsung akan serangan bom. Banyak negara yg mencemburui kepimpinan erdogan yg cemerlang dan menaikkan syiar islam di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju... semoga negara turki terpelihara daripada anasir yang tidak baik.. aminn..

      Delete