Monday, March 28, 2016

Temporary Mataf... akan tinggal kenangan indah!


"Wow, huge bridge!" saya masih ingat perkataan pertama yang keluar dari mulut rania apabila pertama kali kami cuba tawaf di atas mataf temporary yang baru sahaja boleh digunakan ketika itu. kini, sudah hampir 3 tahun ia teguh berdiri mengelilingi kaabah. 


bukan rania sahaja, malah saya dan suami pun agak teruja juga. gayat pun ada apabila melihat kaabah dari atas mataf. seronok pun tak kurang. perasaan yang bercampur baur. dalam hati tidak sudah memuji kecanggihan teknologi dan keperkasaan pihak kontraktor yang memasang mataf sementara ini dalam masa yang agak singkat. hebat! mashaallah... lebih lagi ia siap dan boleh digunakan menjelang bulan ramadan yang sedia maklum bahawa masjidilharam dikunjungi oleh jemaah umrah yang luar biasa ramainya. jadi, dengan adaanya mataf sementara tersebut bagi menggantikan kawasan tawaf bertingkat yang ditutup untuk tujuan pembesaran dapat memberikan keselesaan kepada jemaah dan mampu mengurangkan asakan  gelombang manusia ketika tawaf. 



pada awalnya saya agak canggung. lebih lagi sudah biasa melihat  dataran tawaf itu luas.. saujana mata memandang, dari jauh sudah nampak arah kiblat umat islam diseluruh dunia. perasaannya sukar dijelaskan apabila dapat memandang kaabah.. hatta rania ketika itu berumur 4 tahun sangat suka bermain disekitar dataran itu lebih lagi apabila musim jemaah umrah tidak ramai. kemudian, pandangan mata yang luas terus ke kaabah itu diganggu dengan barisan tiang2 besar untuk menampung utuh jambatan! perasaannya agak sedih dan terganggu... 

namun, apabila pertama kali melakukan tawaf di  temporary mataf, keselesaan nya menutup segala kesedihan dan gangguan yang tidak putus cuba merosakkan mood. kata suami, dengan adanya mataf temporary ini, dapat membantu mengurangkan kesesakan dan juga memberi kemudahan kepada jemaah2 yang tawaf menggunakan kerusi roda. dan juga pada masa yang sama turut memudahkan kerja2 penambah baikkan kawasan tawaf yang sebenar. sebelum ini mana2 pengguna kerusi roda perlu tawaf di bahagian bulatan tawaf yang besar dan jauh. dengan adanya mataf sementara ini,  bulatan tawaf itu menjadi kecil dan agak dekat dengan kaabah! 

lama kelamaan perasan canggung itu sudah bertukar menjadi selesa dan menghargai. malah, hampir setiap kali membuat tawaf sunat ataupun umrah bersama anak2, saya dan suami lebih suka memilih untuk tawaf menggunakan mataf. anak2 juga tidak merungut... amat memudahkan kami.. 

seperti mana entry nostalgia Pintu Numb. 1 (KIng Abdul Aziz), saya juga mahu memuatkan nostalgia bersama mataf sementara di sini kerana mataf ini akan di buka/dismantle soon.. akan ditamatkan khidmatnya kepada jemaah umrah dan haji dalam masa beberapa hari lagi. saya difahamkan kerja dismantle akan bermula pada 1 April ini.. perasaan saya juga bercampur baur seperti ketika kali pertama tawaf di mataf itu dahulu apabila menerima mesej dari suami 2 hari lepas. 

sepanjang 5 tahun saya di makkah, sedikit demi sedikit perubahan yang berlaku di Makkah terutama di Masjidilharam sedikit sebanyak mengambil tempat di dalam hati.. alhamdulillah saya dapat melihat perubahan itu berlaku dan membuatkan hati sering bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan kepada saya dan suami semestinya. keberadaan kami di tanah suci ini juga atas asbab yang sama. oleh itu, dengan perginya temporary mataf itu nanti, mataf sebenar yang selama 3 tahun ini di bina dengan penuh ketekunan akan mula beroperasi walaupun belum siap sepenuhnya. dengan itu, hasil kerja suami  sepanjang kami berada di sini sudah mula menjadi nyata sedikit demi sedikit. ;) alhamdulillah.. 



gambar mataf ketika masih dalam tempoh pemasangan 3 tahun lepas.. 

suami dan anak2 sedang tawaf di mataf.. 

jalan masuk menuju ke mataf.. gambar ini diambil ketika umrah kami pada bulan ramadan yang lepas.. 

di sini juga menjadi tempat anak2 menjenguk kaabah dr kejauhan.. memudahkan tanpa perlu berasak.. 


selamat tinggal bulatan mataf temporary.. pergimu akan meninggalkan sejarah dan nostalgia untuk dilihat dan dikenang pada masa akan datang.. kehadiran mataf sementara ini telah memudahkan dan menjadi penyelesaian yang bijak setelah kawasan tawaf bertingkat sebelum ini ditutup untuk kerja-kerja pembesaran masjid.. 




tahukah anda? 
seramai 14 orang rakyat Malaysia juga terlibat dalam pemasangan dan proses dismantle tidak lama lagi juga akan turut di lakukan oleh mereka. dan kedua2 proses ini dilakukan di musim panas! mereka bekerja di bawah suhu mencecah 45c setiap hari. salute! 

sesiapa yang akan tiba di Makkah untuk mengerjakan umrah ketika proses dimantle sedang dilakukan, anda mungkin akan berhadapan dengan perubahan laluan dan jalan2 ke dalam masjid yang disekat.. mungkin akan menyebabkan kesesakan. anda dinasihatkan supaya mengikut arahan dan laluan yang telah ditetapkan oleh police & kontraktor... berikan kerjasama yang baik untuk keselamatan & kemudahan diri sendiri dan juga jemaah lain.. :) 

baiklah, selamat kembali kepada bulatan tawaf yang besar dan doakan semoga mataf baru yang boleh digunakan tidak lama lagi akan dapat memberikan kemudahan yang lebih baik kepada kita semua.. semoga segala amalan ibadah kita diterimaNYA.. amin.. 






yang melihat & melalui perubahan masjidilharam sepanjang 5 tahun ini, 

5 comments:

  1. Untungnya awk dpt saksikan semua ni...

    Doakn sy dpt kembali ke sana lagi ya...

    Rindu Baitullah....

    ReplyDelete
  2. nak join kerja3 dismantle yg tak beberapa hari lagi tu buleyh dop kak? hehe

    ReplyDelete
  3. nak join kerja3 dismantle yg tak beberapa hari lagi tu buleyh dop kak? hehe

    ReplyDelete
  4. acik baru jumpa blog mas.in sha allah acik akan khatam membacanya nanti.terima kasih mas kongsi pengalaman disini

    ReplyDelete
  5. ramai org amik pic kaabah dr dekat tapi x de pun nk snap pic maqam ibrahim...plg cantik maqam ibrahim tu background dia kaabah yg ada pintu tu...klau side lain maqam ni x berapa nmpak sgt sebb warnanya keemasan dan tenggelam dek bayang2 pantulan dr nya...pleaseee....MQAM IBRAHIM......PS/nk download dan nk framekn utk kat umah sbb nk pegi x mmpu...

    ReplyDelete